Sunday, April 17, 2011

marah, hepi, sedih, BIMBO!!..

sekarang ni aku dah sampai tahap nak cirit laju-laju melepaskan bom 'HIROSHIMA' macam dalam cerita white chicks.. sebab lately.. ade je masalah yang datang... tapi masalah yang datang ni sume datang macam mood swing.. kenapa perlu macam ni... bila aku nak gelak aku jadi sedih bila aku nak marah aku jadi BIMBO.. tapi kenapa kena bimbo sebelum aku marah??... kambing gurun betol!!...

well orang asyik kata dekat aku

-mode: terkesima-


"awal.. kau takde hobi lain ea selain dari pakai baju ketat-ketat"

"ketat ke??"

"eh taklah... tak ketat mana pon suma nampak N****E kau je"


-mode: sedih-


"awal.. kau nak tak bila kita pegi makan nanti kau belanja aku lolipop??"

"lolipop??"

"yela... lolipop jela.. nak mintak kau belanja aku chicken chop harga RM5 pon jenuh berperang tunggu kiamat pun kau belum lagi nakbelanja aku... ciss!!"

"jahattt la kau niee... aku bukan tanak belanja... aku datang keje pon bawak bekal nasi dengan ikan masin T.T"


-mode happy-


"weyy awal... aku ada surprise!!..."

"apa??... aku ada beli kek tadi.. pegi la makan"

"yeke!!.... waahhhh!!.... baiknya kau... sampai pukul 5 ni aku ingat jasa kau!!"

"kenapa pukul 5??"

"sebab aku dah makan habes... sebab lepas ni kau mesti nak mintak tukar shift dengan aku"

"cilaka!!... why do have to be that brilliant??"


-mode: marah lepas tu bimbo-


"weyy!!... haa!!.. mmg!!... aku bawak bekal datang keje ni memang nak bagi korang kekah ramai2"

"tapi awal........"

"apa tapi-tapi?? nak akubkar korang dengan neraka punya api??!!"

"HOII!!.. tadi kau jugak yang suruh rasa kau masak!!... ni nak marah pulak!!.. aku lempang kau kang!!"

"oooooo... yeke???"


-mode: ini kerja gila!!-


"adeq!!.. hang dok kat mana?? mak cari hang melilau"

"laa... mak.. kan adeq dah bagi tau... adeq tunggu dekat bustop depan sekolah.."

"haiiii.... macam mana muet tadi??"

"muet... ok laaa adeq rasa..... ehhh mak??... mana helmet??

"Allah!!... mak lupa.."

"habes ni nak balik macam mana ni??... helmet takdak.. tudia laa.. dok bletiaq sangat"

"bising lah hang dah2 tiada apa.... kita PADIAPPA!! saja..."


so... aku tak tahu kenapa aku tulis menatang ni!!...


ini satu lagi hal... tapi masa ni aku heartless..

fara aisyah asyik mengamuk yang berat badan dia dah naik..

-monolog-
"tak sedar lagi ke?? aku rasa dah lama dah"


jawe tak habis2 nak pas masuk percuma...

-monolog-
"kau ingat aku ni pembekal tiket percuma ke??... memang aku ni printer tiket nak bagi kau tiket free.."


mak tak habis-habis soal siasat aku nak sambung apa degree nanti

-monolog-
"mak ni... dok tanya banyak kali sangat aku cakap aku naik degree Celsius satgi.. mula la rotan nak hinggap bontot aku"


izzul wafi ni memang nak kena pelempang tok arab dengan aku.... ade ke patut dia tak bagitahu aku yang dia pakai nokia N8..


-monolog-
"memang la kau sangat yakin yang kau bagi tahu aku... kalau kau dah bagitahu aku mesti dah jeles lama dah.. pulakk tu... boleh dia nak upload kat blog dia pasal N8 dengan gadget2 dia yang lain.. bapak geram gila aku... yee... memang aku jeles... aku jeles sangat....



jadi.. aku sendiri pun tidak mengerti... HIDUP SEBAGAI SEORANG JEJAKA TAMPAN MACAM AWAL KHAMIS ni sangat susah... nak kena layan peminat yang tak sabar-sabar nak ambil tandatangan beliau.. penuh dengan onak dan duri... haiiiisshhh....

Thursday, April 14, 2011

ohh dunia!!... kau takde kejam lagi ke!!

hampir 2 minit aku berfikir tentang perkara ini selepas aku 'membuang' haisshhh... banyak kali aku mengeluh mengingati peristiwa menyayatkan hati ni.. semua pasal budak2 tempat kerja aku yang gila ni lah.. haisshh...

seketika pada suatu hari yang aku lupa apa harinya... sedang aku mengacau dan menyakat hidup seorang wanita tua di tempat kerja ku yang sedang membelek muka dan rambutnya dihadapan cermin hampir setiap 5 minit.. jadi aku dengan rasa rimas pun berkata..

"intan... sudah2 la tu... hang memang cantek intan... tiada apa yang mampu tandingi melainkan bayang muka sendiri dicermin tu.. hahahahahha"

dia tidak berkata apa-apa hanya cuma menjeling lalu melemparkan senyuman sinis kepada aku..

seketika kemudian dia kembali membelek rambut dan makeupnya... lalu aku berkata kembali..

"intan nak tunggu sampai cermin tu pecah jadi debu baru nak stop ke??"

sekali lagi dia memandang wajah aku... namun kali ini dia memberikan aku flying kiss.. aku pun terkejutlah jadinya... apa tadi marah sangat dia aku berkata begitu... lalu aku dengan muka terkesima berpaling semula menghadap customer yang datang membeli pas masuk..

tapi suatu 'keajaiban' berlaku apabila kali ketiga aku berpusing dan berkata..

"intan.. hang memang cantek... sudah la tu... seharian aku melihat kau asyik melihat cermin itu"

kali ni dia balas dengan jawapan yang membuatkan aku tergelak dan termalu.. begini katanya...

"ohh awal khamis... aku tahu aku cantik.. tak payah nak ulang banyak kali.. segan tau..." 

=.=! dia buat mata dia macam puss in boots!!

aku terpaku dengan paku yang cuba untuk ku paku dekat intan itu... adehh.... baru aku tahu betapa sakitnya bila kena paku(perli)...

intan diyana kau memang best =.="


perkara yang sama juga terjadi apabila aku menghantar sms kat wafi entitled

"heyy jejaka tampan buat apa??"

aku ingat dia marah bila aku kata macam tu... tapi ada ke orang nak marah dengan perkara macam tu... rasanya kembang lagi adalahkan.. nak dekat sejam aku tunggu dia ni balas sms aku (As always)... selepas satu jam poket seluarku yang berisi tepon bimbit ku pun bergetarlah menggatalkan paha ku dengan getarannya itu... ku memicit2 punat nombor untuk meng'unlock'kan security code.. nama yang tertera adalah nama mamat tu... dengan ayat ayat yang memberi aku bebanan kerja untuk mentafsir dia membalas..

"u.. i dah tawu dah i ni tampan.. cuba bagitahu benda yang i tak tahu"

hahh!!!.. -breathing heavily- (pening2 sampai nak jatuh) kenapa jadi macam ni... *dupp jatuh 2 saat.. bangun balik dan balas sms dia seperti biasa*

namun di dalam hatiku...

hadoii... boleh masuk wad gila baca mesej neraka ni!!...

Tuesday, April 12, 2011

hari-hari yang bosan macam baru lepas bangun tidur jam 4 petang ni memang amat meletihkan.. haaa.. kerana takde apa yang boleh aku buat di hari yang lewat ni.. tambahan pula aku mendapat cuti dari tempat kerja ku.. haha.. macam orang tak betol kalau aku ni melle abadi tak pe lah.. haha.... ini sebab aku JEJAKA COOL... hell yeah!! (take note yang berhuruf besar tuh!!)

haha.... apa-apa pun.. bukan disini tempat yang bagus untuk berperang mulut dan idea... memang cik puan abang romlie ini suka bertutur dalam bahasa baku yang membatu... so ABAIKAN... persetankan bahasanya.. sebab dia suka cakap macam ni

"heyy!!.... kau!!.... kelas kau taknak pergi!!.. pemalas!!.. heyy!!.... kau nak masuk neraka ke??!!"

aku pun dengan rasa penuh berang mahu membalasnya dengan kadar yang panas membakar juga

"heyy!!... aku pergi neraka pun kau bukan akan ikut aku!!... so biarlah aku"

jadi dengan ayat itu, tidak aku nampak lagi kelibat melle lagi pada hari itu.. entahlah dia... marah ke hape kan.. haha..

tapi..

ada satu hari ni... seorang jejaka datang menhampiri aku ketika aku sedang bekerja... dan berkata..

"umm... u kerja sini ke?" dalam nada menyakitkan hati

heyy!!... memang la aku kerja sini... apa kau buta aku pakai uniform ni!!.... kau nak kena baham dengan stapler kat kepala ke!!.... (monolog)

"yes" (senyum plastik macam logo McD..)

"tisu tandas habes. boleh i dapatkan yang baru"

aku dengan nada yang penuh dengan kebingungan tidak berkata...

"aaa....aaaa...aaa...aaa"

"ade tak??"

"saya bukan cleaner encik..."

"ehh2... bukan yee... eehhh.. sorii.. i ingat u ni bhaiya yang kerja cleaning tadi.. muka macam sama.."

dengan tiba-tiba salah sorang bhaiya yang kerja sebagai cleaner tu lalu..

"haa!!.. muka u sama macam dia!!... tu yang i keliru tu... kejap je tukar baju... tadi hijau.. ni hitam pulak"

heyy manusiaa!!!.... aku yang kacak lagi tampan macam ni pon kau boleh terkeliru dengan bhaiya cleaner ke.. i sue u in american court!!

makk!!... depa kata adeq macam bhaiya cleaner... makk!!!... pukoi depa mak!!.. adeq mahukan keadilan!!... *lari mendapatkan ibunya sambil menangis teresak*

Monday, April 4, 2011

kepala hotakk kaw man!!..

okay.. actually aku dah taip post ni dalam bahasa inggeri.. tapi memandangkan aku ni dah terlalu banyak buuat post guna bahasa itu.. jadi sekarang aku nak guna bahasa PERTIWI!!..

hidup aku ketika aku sedang mencorak kata-kata di alam maya ini adalah begitu bosan.. bukan nak cerita pasal tu pun sebenarnya.. haha.. ni semua salah MELLE-FAHRIN la ni!!.. tension aku!!.. hahah..

apa sajalah.. aku dah dapat kerja.. in fact!!.. aku dapat 2 tawaran kerja.. dan aku di dalam dilemma.. kerja yang pertama ialah yang aku mahu.. dan kerja kedua ialah kerja dimana untuk mengisi ruang kalau-kalau kerja pertama tidak menjadi kenyataan.. tapi bila aku dah mula suka dengan kerja nombor 2.. kerja nombor 1 tiba-tiba datang membuka lembaran sinaran baru dalam kehidupan dengan pulangan yang mewah dan mengiurkan.. ahahah okay.. macam agak melampau.. hihi... aku sekarang tersepit antara dua kerja yang sedikit sebanyak aku dah mula suka.. haiihhh...



yeah!!.. sejak kebelakang ni... maksud aku sejak aku balik penang ni... hampir 3 4 kali pergi karaoke.. haaaa.... bukan dengan yang sebaya atau se-kapal.. tapi... (some text missing).. letih aku nak fikir pasal tu.. aku ikut pun sebab aku nak lepaskan tension dan rasa sunyi..


kehidupan peribadi aku bertambah indah bila DIA datang.. walaupun mungkin hanya sekejap.. namun aku pasti ia akan menjadi kenangan yang paling indah dalam hidup aku.. yes.. harapan aku menggunung untuk aku dan dia akan lama berkekalan.. DIA.. you mean a lot to me.. walaupun dah lama sebenarnya aku suka kan KAU tapi baru sekarang aku luahkan, itu semua tidak penting.. yang penting KAU sentiasa dengan aku.. dan pepatah korea ada berkata.. aku nak sebut nama KAU di sini... tapi aku nak biar orang yang tak tahu berteka teki..

"kau tidak akan merasa keindahan, jikalau kau tidak menghargai keindahan itu"

dan

"cinta bagaikan pasir pantai yang berada di dalam genggaman, jangan kau paksa pasir itu kelak ia akan jatuh bertaburan dari genggaman"

apa-apa sahaja dengan kejiwangan aku itu...

aku dah tak tahu nak buat macam mana dengan kehidupan aku yang sangat bosan ni... ingatkan orang gila je yang risau pasal life diorang, orang waras pun risau jugak lerr..