Sunday, December 2, 2012

bolehkah anda memikul beban kehidupan? jangan hipokrit dengan jawapan bongkak anda.



merujuk perkara diatas, festival yang amat memberansangkan yang dianjurkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka sangatlah best!!

disertai oleh pelbagai IPTA dan IPTS sebanyak 16 institusi dan sebanyak 26 penyertaan monodrama yang dipertandingkan. selain itu, bengkel seperti pemurnian skrip dan juga bengkel lakonan juga telah dijalankan oleh pihak penganjur.

seperti yang anda semua lihat program yang dirancangkan sangat teliti dan padat walaupun ada juga yang terkucil sewaktu.

dah la dengan bahasa baku tu! stress!!. hahahah

ok, cerita mudahnya monodrama ni adalah untuk mengetengahkan bakat-bakat lakonan dan juga penulisan pelajar-pelajar dan adaptasi dari nukilan penulis-penulis terkenal. aku sangatlah teruja dengan benda baru yang aku dapat belajar disini PLUS aku juga telah jumpa keluarga baru disini. keluarga baru dari UTP, UKM, UMP, UPM (aku mention yang rapat je.. tapi semua pun aku mash anggap seperti keluarga). they were all awesome.. YA ALLAH!! dengan peluang yang diberi ni aku tak menyesal pergi eventhough pada mulanya aku sangat berat nak pegi. bukan berat la tapi perasan tu rasa macam tak selesa dan akhirnya perasan tidak selesa tu jadi pada hari terakhir bila aku berpisah sementara dengan keluarga baru ni.

i love you people!!






my new set of family
(soundsowrong)

tapi apa yang aku nak ceritakan disebalik kegembiraan ni sebenarnya keperitan seorang insan bernama Azhar Jalil. So, entri ni sebenarnya adalah untuk menceritakan kekuatan dan semangat seorang yang boleh dianggap anak seni ini.

AzharJalil
Penulis, Pengarah, Penggiat Seni dan Seorang Anak

dengan apa yang aku tahu selama 4 hari (walaupun aku tak selalu berinteraksi dengan dia) dia adalah seorang penggiat seni dengan cara dia dimana ramai orang kenal dia bila bertemu dengan orang lain. karyanya seperti Jampi dan Bahagi Dua amat mengagumkan aku, walaupun tiada di internet tapi aku rasa nukilan dia ni mesti ada dalam rekod arkib Dewan Bahasa dan Pustaka.

ceritanya;

pada hari Azhar nak perform dia punya monodrama yang bertajuk Ring..Ring..Ring.. karya Ahmad Hashim AKA Seni Bayan. ceritanya pasal seorang jutawan bernama Tengku Azhar yang muflis dan menanggung hutang berbillion ringgit. dia ni nak bunuh diri dan acapkali dia cuba nak bunuh diri mesti ada orang call fon ofis dia. piza boy lah, setiausaha peribadi dia lah, doktor peribadi dia lah dan emak dia sendiri. so kami pon tengoklah pementasan yang dilakonkan oleh Azhar. walaupun persembahan dia macam ada delay sikit tapi dia punya delivery an energy NAUZUBILLAH! bagi aku memang patutlah dia menang persembahan monodrama terbaik. yang kedua Nisa from UKM dengan lakonan karya sendiri bertajuk Bukan Mimpi (dia ni wanita yang hebat la dan she's an Indonesian), ketiga dimenangi oleh Atul from UTP dengan lakonan karya Shamsul Rahman bertajuk Pondok Nyai Temah (dia ni pulak ada suara yang sangat menarik perhatian aku.)

TAPI YANG SEBENARNYA.........

delay yang berlaku sebelum persembahan Azhar adalh disebabkan dari panggilan telefon yang dia dapat. irony from the play which is also related to a phone call, Azhar dapat berita KEMATIAN BONDA tercinta beberapa minit sebelum dia melakukan pementasan..

ASTAGHFIRULLAHAL 'AZIM!

macam mana dia dapat memberikan 100% tenaga dia dan pengabdian dia terhadap lakonan dia sehinggakan  kami tak nampak dan tak menyangka dia diganggu dan dibelenggu oleh sesuatu yang perit. siapa pon tak menyangka yagn dia sedang bersedih.. dia berjenaka. dia tersenyum yang begitu ikhlas betul kata SOBRI ANUAR:

" Pemisah dunia realiti dan dunia lakonan pentas cuma di ruang lalu antara baris kerusi pertama dan platform depan pentas. jarak yang begitu dekat"

selepas dia buat persembahan, akuada perasan jugak yang dia keluar dari stage dengan keadaan terhuyung-hayang. aku ingatkan dia masih silau sebab pemisah keadaan gelap belakang stage dan terang stage. tak lama lepas tu semua dengar dia teriak bertempikkan MAMA!

kami semua tertanya-tanya la apa sebab dia menjerit tak tentu pasal. ingatkan masih in character. lepas tu Seni Bayan buat pengumuman tentang pemergian bonda Azhar. BAYANGKAN! Dewan Budaya USM yang bising dengan suara-suara kami tiba-tiba jadi suram dan ada jugak yang tetiba saja menangis. terus ramai yang takde mood lepas tu.

Sedih. sangat sedih sampaikan kami sendiri pon boleh rasa hiba Azhar. juga, Syazwan (pelakon mewakili UiTMPP) pon menangis bila dia cerita balik dekat aku yang bila dia nampak Azhar jadi lembik sambil menangis panggil mama dia.

itulah sesuatu yang sangat perit untuk seorang anak seni dan payah bagi mereka untuk menyimpan perasaan mereka. ANDA CUBA BAYANGKAN! CUBA BAYANGKAN! dia mampu menyorokkan kesedihan dia tanpa orang lain tahu dia tengah bersedih.. kalau aku memang dah tarik diri eventhough aku perform pon aku mesti akan distracted dan pasti akan berhenti setengah jalan.

marilah kita sedekahkan Al-Fatihah untuk bonda Azhar Jalil yang pergi pada 30 November 2012

AL-FATIHAH..................................



6 comments:

  1. sangat sedihkan rya... semoga dan semoga untuk bonda azhar

    ReplyDelete
  2. gambar kite bertiga tuh.. memang hahaaaahahaha...

    innalillah kepada arwah..
    aku percaya azhar kuat untuk hadapi semua ni..

    ReplyDelete
  3. aku bengang dengan music blog ni.tak reti nak stop aku. ler.
    azhar is a very interesting person. teringin nak berbual dengan dia satu hari nanti. hehehe. and we're all sorry for his lost.

    ReplyDelete
  4. sedih. tapi..

    lelelei lei leeii lelelii leleii lelelleii la lelelii lelleeii laleeii la

    ReplyDelete
  5. jiha tak sempat tgk ring..ring..ring tapi bila masuk dewan jiha dgr pengumuman tu, terkedu jiha. terus teringat kat ibu. ibu jiha dtg utk tgok show jiha. tak trbyg rsnya berada di tmpt Azhar. Al Fatihah

    ReplyDelete