Thursday, April 14, 2011

ohh dunia!!... kau takde kejam lagi ke!!

hampir 2 minit aku berfikir tentang perkara ini selepas aku 'membuang' haisshhh... banyak kali aku mengeluh mengingati peristiwa menyayatkan hati ni.. semua pasal budak2 tempat kerja aku yang gila ni lah.. haisshh...

seketika pada suatu hari yang aku lupa apa harinya... sedang aku mengacau dan menyakat hidup seorang wanita tua di tempat kerja ku yang sedang membelek muka dan rambutnya dihadapan cermin hampir setiap 5 minit.. jadi aku dengan rasa rimas pun berkata..

"intan... sudah2 la tu... hang memang cantek intan... tiada apa yang mampu tandingi melainkan bayang muka sendiri dicermin tu.. hahahahahha"

dia tidak berkata apa-apa hanya cuma menjeling lalu melemparkan senyuman sinis kepada aku..

seketika kemudian dia kembali membelek rambut dan makeupnya... lalu aku berkata kembali..

"intan nak tunggu sampai cermin tu pecah jadi debu baru nak stop ke??"

sekali lagi dia memandang wajah aku... namun kali ini dia memberikan aku flying kiss.. aku pun terkejutlah jadinya... apa tadi marah sangat dia aku berkata begitu... lalu aku dengan muka terkesima berpaling semula menghadap customer yang datang membeli pas masuk..

tapi suatu 'keajaiban' berlaku apabila kali ketiga aku berpusing dan berkata..

"intan.. hang memang cantek... sudah la tu... seharian aku melihat kau asyik melihat cermin itu"

kali ni dia balas dengan jawapan yang membuatkan aku tergelak dan termalu.. begini katanya...

"ohh awal khamis... aku tahu aku cantik.. tak payah nak ulang banyak kali.. segan tau..." 

=.=! dia buat mata dia macam puss in boots!!

aku terpaku dengan paku yang cuba untuk ku paku dekat intan itu... adehh.... baru aku tahu betapa sakitnya bila kena paku(perli)...

intan diyana kau memang best =.="


perkara yang sama juga terjadi apabila aku menghantar sms kat wafi entitled

"heyy jejaka tampan buat apa??"

aku ingat dia marah bila aku kata macam tu... tapi ada ke orang nak marah dengan perkara macam tu... rasanya kembang lagi adalahkan.. nak dekat sejam aku tunggu dia ni balas sms aku (As always)... selepas satu jam poket seluarku yang berisi tepon bimbit ku pun bergetarlah menggatalkan paha ku dengan getarannya itu... ku memicit2 punat nombor untuk meng'unlock'kan security code.. nama yang tertera adalah nama mamat tu... dengan ayat ayat yang memberi aku bebanan kerja untuk mentafsir dia membalas..

"u.. i dah tawu dah i ni tampan.. cuba bagitahu benda yang i tak tahu"

hahh!!!.. -breathing heavily- (pening2 sampai nak jatuh) kenapa jadi macam ni... *dupp jatuh 2 saat.. bangun balik dan balas sms dia seperti biasa*

namun di dalam hatiku...

hadoii... boleh masuk wad gila baca mesej neraka ni!!...

2 comments:

  1. Haha... Yeah, I know I kachak... Thank you la dedicate an entry for me...

    ReplyDelete
  2. -_______________________________________-

    ReplyDelete