wahai bayu angin yg menghembus lembut dikala hujan renyai membasahi bumi kudus ini,
kau sampaikan salam rindu ku ini kepada insan yg amat aq sayangi,
di balik awan dan langit,
di balik gunung dan bukit,
di balik belukar dan hutan belantara,
ku percaya salam ku ini akan tiba pada mu wahai insan.
biar sekadar hati yg mengetahui siapakah insan yg dimaksudkan,
asalkan semua kesedihan dpt di lepaskan,
bila dirimu ku fikirkan,
hatiku sayu,
sedih dan luluh kerana begitu bersalah terhadap mu wahai insan.
YA TUHAN!!..
kenapa ini harus terjadi dan harus ditakdirkan terjadi,
sesungguhnya aku lemah menghadapinya
wahai PENCIPTA!!..
berbaloikah dengan hanya menagis dan meminta maaf?
adakah ia akan mengubah segalanya?
semestinya keadaan sedia kala akan terjadi semula?
pelbagai pertanyaan kepadaMU ku fikirkan.
kepada insan yg amat ku sayangi,
hanya kamulah penyeri hidup ini,
di kala ku tahu,
hidup aku dunia ini hanya tinggal sedikit lagi,
rahasia diri yg tidak pernah diluahkan,
hanya diri memendam rasa.
memang pelbagai soalan diberi,
dan pelbagai jawapan yg memesongkan kata dari berlaku jujur dilontarkan,
kerana tidak mahu diri ini dikasihani dan disimpati,
segalanya disimpan rapi di lubuk hati nurani ini..
YA TUHAN!!..
sesungguhnya doa ku ini kepada insan yg aku anggap kekasih dunia,
demi mendapat keredhaan mu akan sentiasa ku abadikan,
kau peliharalah insan-insan yg aku kasihi ini YA ALLAH!!..
kerana dengan kehadiran mereka dalam hidupku ini,
memberi cahaya dan harapan kehidupan agar sentiasa berpanjangan,
sehingga tiba waktu,
waktu dimana aku sudah sedia untuk kembali di sisiMU
ya pencipta..
pintaku pada mu untuk insan-insan ini ialah...........
kau sayangi mereka sebagaimana kau menyayangi diriku ini untuk bersamaMU.
ku bermohon...
No comments:
Post a Comment